Thursday, January 14, 2010

the "A-word" issue

copyright: Edroger Rosili (heheh... ni sketches idea untuk work terbaru)

PETISYEN MEMBANTAH PENGGUNAAN KALIMAH 'ARTIS' DALAM PENERBITAN MEDIA SEPERTI MAJALAH HIBURAN, ARTIKEL INTERNET DAN PENULISAN GOSIP APABILA MERUJUK KEPADA PERKARA/AKTIVITI YANG TIDAK BERKAITAN TENTANG KESENIAN.


1. Kalimah 'Artis' adalah hak eksklusif yang sepatutnya merujuk kepada penggiat seni dalam menjalankan acara kesenian, jadi seharusnya penggunaan kalimah itu mestilah hanya dalam perkara yang berkaitan dengan hal-hal projek kesenian yang melibatkan Artis tersebut sahaja.

2. Majalah gosip atau media hiburan tidak layak menggunakan kalimah Artis apabila merujuk kepada kegiatan-luar-seni selebriti berkenaan, iaitu penglibatan mereka dalam kehidupan dan masyarakat, seperti perangai peribadi, kes jenayah, masalah sosial, rumahtangga dan sebagainya, kerana itu bukanlah aktiviti kesenian, dan pada keadaan itu pelaku tidak wajar disebut/dirujuk sebagai artis, tetapi sebagai selebriti atau orang.

3. Kalimah Artis berasal dari perkataan bahasa Inggeris: Artist, yakni bermaksud Seniman, atau Anak Seni atau juga Pengkarya yang bermaksud pelaku sebuah acara kesenian. Oleh yang demikian, apabila merujuk kepada perkara yang tidak berkaitan dengan acara kesenian yang dilakukan, tidak sepatutnya kalimah Artis/Seniman/Anak Seni digunakan untuk merujuk kepada pelaku sebaliknya menggunakan kata nama lain seperti selebriti dan sebagainya.

4. Art atau Seni, merupakan sebuah cabang ilmu, yang harus diraikan dengan hormat sepertimana cabang ilmu yang lain sepertimana cabang Sains dan Agama. Oleh itu penggunaan kalimah Artis untuk merujuk aktiviti yang diluar acara kesenian, lebih-lebih lagi perbuatan-perbuatan yang tidak senonoh, adalah dianggap mencemarkan Seni sebagai suatu cabang ilmu.

5. Sekiranya media dan penerbitan merujuk kepada selebriti itu dalam keberadaannya dalam acara kesenian, barulah layak dia dirujuk sebagai artis/seniman. Penerbitan, media dan penulisan juga seharusnya lebih banyak menceritakan tentang kritik, penyampaian, kemajuan, atau manifesto projek kesenian yang dilakukan olehnya (contoh: halatuju dan kajian dalam muziknya, filemnya, teaternya), secara kritis dari sudut ilmiah, supaya media dapat menyumbang kepada perkembangan ilmu dalam ketamadunan masyarakat.

6. Media hiburan yang membuat liputan mengenai hal-hal peribadi seperti kisah seluar dalam, perceraian, jenayah, gejala social dan sebagainya tidak harus merujuk pelaku yang terlibat dalam cerita tersebut, sebagai artis, kerana hal-hal itu bukanlah karya atau aktiviti kesenian.

7. Untuk mengurangkan salah faham yang sebenarnya sudah terlalu melarat tentang apa yang dimaksudkan dengan artis dan menjejaskan gambaran peranan mereka dalam perkembangan seni.

8. Seni berupaya mendidik masyarakat melalui penghayatannya. Namun begitu, secara domestik, kesalahan media dalam merujuk Artis dengan latar yang tidak sepatutnya, menyebabkan seni tidak berkembang secara kritikal di kalangan masyarakat, kerana fungsinya diganggu oleh perkara-perkara yang menyimpang dan diluar daripada perspektif dan takrifan yang betul tentang seni itu sendiri.

9. Penyalahgunaan kalimah “Artis” oleh media telahpun mencemarkan imej kesenian tanah air apabila kalimah tersebut diberikan gambaran yang salah tentang seni, yang mana secara teknikal tidak sama seperti yang dipraktikkan oleh masyarakat antarabangsa. Ia juga dikhuatiri menjatuhkan martabat negara di persada antarabangsa, apabila di Malaysia, media tidak menunjukkan perkara yang tidak sepatutnya apabila merujuk Artis.

10. Untuk memupuk kesedaran tentang menjaga kemurnian seni dan kepentingan perkembangannya dalam masyarakat iaitu sebagai suatu aktiviti berinteraksi untuk sebuah perkongsian hikmah, nilai dan makna sesama manusia.

1 comment:

  1. ko ni lawak ar roger..
    aku setuju dengan pendapat ko..
    anyway, kalo dilihat balik salah tafsir about artis ni mmg parah..rmai yg tak tau artis ni apa..untuk memberitahu pun tak banyak saluran mlainkan show,art talk n sembang kedai kopi..media perdana (tv,magazine n lain-lain)sumenya lihat apa-apa yg bkaitan dengan ilmiah sebagai sesuatu yg merugikan sebab diorang pk ramai tak nak tgk..sebab takde pompuan naked n romen2 dalam erti kata lainnya tak komersil la beb..kalo bleh bagi diorang nak hiburan 24jam tanpa ada sesuatu yg mencelikkan kpala otak..kadang2 geram jugak..tapi 2 la kan m'sia...tak tau aku nak ckp mcm mmane (teremosi skejap,mintak maap)
    akhirnya,artis hanyalah dilihat sebagai penghibur hati yg lara..
    sukar sebenarnya untuk kita ubah persepsi masyarakat tentang perkara ni..lebih parah lagi apabila artis itu sendiri tidak faham tentang kalimah yang diletakkan pada dirinya sendiri..

    ReplyDelete