Wednesday, February 3, 2010

lahir, hidup & mati

telah dikatakan
"kamu dilahir
kamu hidup
dan kamu mati,
tak sepatutnya se-macham itu"

berdiri di tengah2 kachau bilau
ini mungkin saatmu yang paling penting
rasakan ilham dari dengusan kuda
ini mungkin panggilan terhebat untukmu
peluang sa-umor hidup
sa-buah matlamat yang telah dichari dengan berhati-hati
di sini dan di sekarang

kehangatan saat itu
saat ilham itu
hilang tatkala tugas memanggil semula
tapi tetap takkan kau lepas
walaupun
kau tahu sudah
bagaimana akhirnya

jadi buat apa mendapat ilham
jika setiap kali kamu diterangi chahaya
dan membuat perubahan, kesanggupan
kenapa memilih untuk peduli
bila keputusan tiada akan diketahui

pasti nanti ada yang menemui chara
bagaimana menchipta sa-mula pusingan roda
menchipta penawar kedinginan ini
atau bahkan membawa kefahaman
bagi kekurangan kita menerima satu sama yang lain
bila kitalah yang lain itu

pasti para pemikir hebat berusaha sehabis kuat
memikirkan jalan keluar dari hari itu
tapi, apa yang takkan diketahui,
adalah kesan besar yang mungkin telah kau alami

andai saja kau membiar ilham itu
untuk hidup
untuk difikirkan
untuk dijadikan tindakan
dan hasilnya perubahan
mungkin ada benarnya
bahawa setiap kita punya
chara berbeda bila melihat pepohonan
dengan kata-kata untuk menjelaskannya

alangkah bagus fikiran itu
maka berdirilah di tengah kachau bilau
dan bebaskan
kerana esok masih ada
dan itu saja yang kita tahu