Thursday, January 14, 2010

MayDay-MayDay

Almost at the end of 2008, enche Fuad Arif asked me to join a group of artists for a small yet ambitious exhibition at Threesixty Art Developement Studio, Desa Park City, KL.

A small group show with a quite big space, with only six artist and only a single artwork each, exhibited in a commercial art space, is a bold attitude projected by Threesixty Art Developement Studio and Galeri Chandan and their commitment towards the local art development.
The codename/working title of the show was originally MayDay-MayDay, but curatorial changed it to....

“Possibilities of maybes”
On Showcase from 22 May - 21 June 2009

Overview
This show consists a diverse range of young artists who exhibit multiple levels of experience and in-depth understanding of art. Some have been doing artworks for more than 10 years and some are newly made.

The whole idea is to see and discover how this hodgepodge of talents make any difference when it comes to a business of ‘production’ which is also connected to how art is/has been perceived and habitually implicated in local framework.

This show hopes to illustrate how art can work critically but at the same time, still exist within the boundaries of the local ‘condition’ especially when dealing with the question, commodity, novelty and avant-garde of the artworks.

The Artists
Fuad Arif
Saharuddin Supar
Ahmad Syakir Hashim
Mohd. Yusoff Erman
Edroger Cassidy Rosili
Nadhirah Anuar

The Artworks and Statements

To see the artworks and their artist statements please help yourself to visit the gallery, here.

The Artist Interviews by 360PODCAST

Fuad Arif


Saharuddin Supar


Ahmad Syakir Hashim


Mohd. Yusoff Erman


and Edroger Cassidy


This [link] goes to arterimalaysia for some coverage...


Thanks all for the support...feel free to review and comment.

the "A-word" issue

copyright: Edroger Rosili (heheh... ni sketches idea untuk work terbaru)

PETISYEN MEMBANTAH PENGGUNAAN KALIMAH 'ARTIS' DALAM PENERBITAN MEDIA SEPERTI MAJALAH HIBURAN, ARTIKEL INTERNET DAN PENULISAN GOSIP APABILA MERUJUK KEPADA PERKARA/AKTIVITI YANG TIDAK BERKAITAN TENTANG KESENIAN.


1. Kalimah 'Artis' adalah hak eksklusif yang sepatutnya merujuk kepada penggiat seni dalam menjalankan acara kesenian, jadi seharusnya penggunaan kalimah itu mestilah hanya dalam perkara yang berkaitan dengan hal-hal projek kesenian yang melibatkan Artis tersebut sahaja.

2. Majalah gosip atau media hiburan tidak layak menggunakan kalimah Artis apabila merujuk kepada kegiatan-luar-seni selebriti berkenaan, iaitu penglibatan mereka dalam kehidupan dan masyarakat, seperti perangai peribadi, kes jenayah, masalah sosial, rumahtangga dan sebagainya, kerana itu bukanlah aktiviti kesenian, dan pada keadaan itu pelaku tidak wajar disebut/dirujuk sebagai artis, tetapi sebagai selebriti atau orang.

3. Kalimah Artis berasal dari perkataan bahasa Inggeris: Artist, yakni bermaksud Seniman, atau Anak Seni atau juga Pengkarya yang bermaksud pelaku sebuah acara kesenian. Oleh yang demikian, apabila merujuk kepada perkara yang tidak berkaitan dengan acara kesenian yang dilakukan, tidak sepatutnya kalimah Artis/Seniman/Anak Seni digunakan untuk merujuk kepada pelaku sebaliknya menggunakan kata nama lain seperti selebriti dan sebagainya.

4. Art atau Seni, merupakan sebuah cabang ilmu, yang harus diraikan dengan hormat sepertimana cabang ilmu yang lain sepertimana cabang Sains dan Agama. Oleh itu penggunaan kalimah Artis untuk merujuk aktiviti yang diluar acara kesenian, lebih-lebih lagi perbuatan-perbuatan yang tidak senonoh, adalah dianggap mencemarkan Seni sebagai suatu cabang ilmu.

5. Sekiranya media dan penerbitan merujuk kepada selebriti itu dalam keberadaannya dalam acara kesenian, barulah layak dia dirujuk sebagai artis/seniman. Penerbitan, media dan penulisan juga seharusnya lebih banyak menceritakan tentang kritik, penyampaian, kemajuan, atau manifesto projek kesenian yang dilakukan olehnya (contoh: halatuju dan kajian dalam muziknya, filemnya, teaternya), secara kritis dari sudut ilmiah, supaya media dapat menyumbang kepada perkembangan ilmu dalam ketamadunan masyarakat.

6. Media hiburan yang membuat liputan mengenai hal-hal peribadi seperti kisah seluar dalam, perceraian, jenayah, gejala social dan sebagainya tidak harus merujuk pelaku yang terlibat dalam cerita tersebut, sebagai artis, kerana hal-hal itu bukanlah karya atau aktiviti kesenian.

7. Untuk mengurangkan salah faham yang sebenarnya sudah terlalu melarat tentang apa yang dimaksudkan dengan artis dan menjejaskan gambaran peranan mereka dalam perkembangan seni.

8. Seni berupaya mendidik masyarakat melalui penghayatannya. Namun begitu, secara domestik, kesalahan media dalam merujuk Artis dengan latar yang tidak sepatutnya, menyebabkan seni tidak berkembang secara kritikal di kalangan masyarakat, kerana fungsinya diganggu oleh perkara-perkara yang menyimpang dan diluar daripada perspektif dan takrifan yang betul tentang seni itu sendiri.

9. Penyalahgunaan kalimah “Artis” oleh media telahpun mencemarkan imej kesenian tanah air apabila kalimah tersebut diberikan gambaran yang salah tentang seni, yang mana secara teknikal tidak sama seperti yang dipraktikkan oleh masyarakat antarabangsa. Ia juga dikhuatiri menjatuhkan martabat negara di persada antarabangsa, apabila di Malaysia, media tidak menunjukkan perkara yang tidak sepatutnya apabila merujuk Artis.

10. Untuk memupuk kesedaran tentang menjaga kemurnian seni dan kepentingan perkembangannya dalam masyarakat iaitu sebagai suatu aktiviti berinteraksi untuk sebuah perkongsian hikmah, nilai dan makna sesama manusia.

Wednesday, January 13, 2010

UCAPAN TAHUN BARU (belated)


seorang sahabat tag nama saya dalam gambar di ni dalam facebook....

ini komen hamba:

you all perasan tak... dalam nilai-nilai yang brother Radin listkan di atas.... secara automatik diri kita setuju tentangnya, sebagai sesuatu yang baik, dan perlu diangkat dalam kehidupan bermasyarakat. kenapa? automatik?

A. mungkin, ia dibina semasa kita berada dalam lingkungan yang dimana kita membesar, lalu kita terpengaruh dengan kebiasaan itu, lalu perlu memperjuangkannya sebagai sebuah norma..
hmmm....
ye ke?...

masalahnya, setiap manusia di seluruh pelosok benua dunia, tak kira terpisah lautan luas, sejak dulu lagi, telah pun respek kepada nilai nilai di atas... tanpa perlu dipaksa paksa..... AUTOMATIK. banyak lagi, nilai kebaikkan yang lain...yang kita semua SETUJU SECARA AUTOMATIK.

siapa yang mengajarkannya (baik-buruk nilai itu) kepada kita....

kenapa kita sakit hati tgk org buang sampah di atas suatu kawasan yang bersih... atau sakit hati melihat bayi dibuang?

kenapa hati kita AUTOMATIK sedih/tak suka jika kebaikan dihancurkan???
macamana boleh jadi tiba tiba... kita terasa bahagia sgt apabila membuat atau diberi KEBAIKAN? rasa dada sejuk je...

ASy-Syam:8 Dialah yang mengilhamkan kepadamu tentang baik dan buruk

Al Hijr:29 Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh-Ku.


MENIUPKAN KEDALAMNYA, RUH-KU....

tgk nilai2 di atas, dan bandingkan dgn Ruh-Nya (Asma ulHusna)
1. MAAF___________AL-AFUWW____Sang Maha Pemaaf
2.SYUKUR_________ASY-SYAKUR___Sang Maha Menghargai

3.SABAR___________AS-SOBUR_____Sang Maha Sabar

4:PERCAYA________AL-MUKMIN____Sang Maha Terpercaya


faham sekarang, cinta Tuhanmu kepadamu?

kawan-kawan, Asma ulHusna ada 99. that power is already inside you.

tak kira apa agama.pun Kristian ke, Mayan ke, Ateis ke, tiada yang terlepas hatinya dari hakmilik Tuhannya yang SATU.

Ar Ra'd:15 Hanya kepada Allah-lah sujud (patuh) segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan kemauan sendiri atau pun terpaksa (dan sujud pula) bayang-bayangnya di waktu pagi dan petang hari.

BAIK DENGAN KEMAHUAN SENDIRI ATAUPUN TERPAKSA.

tak boleh manusia sukasuka nak ubah kemana bayang2nya nak jatuh... hahaha Alhamdulillah....

Cuma adalah tanggung jawab manusia itu sendiri memilih untuk mengikut suara halus/lembut itu... ketika dia mahu membuat kejahatan, atau kebaikan.

Wallahu alam.

Friday, January 8, 2010

Apakah itu HIDUP?

















Sahabat gua tag gua dalam gambar nya di facebook,

ini jawapan fikiran aku:

hidup is, the worlds between.

garisan hidup berkadar terus, jika paksi x adalah masa, dan paksi y adalah ruang....

y (space)
i ............................
i ........................
i ....................
i ................
i ............
i ........
i ....
i_________________x (time)
0

I'm here, now.
I'm (FORM), here (SPACE), now (TIME).

terdapat dua kes dalam sejarah (mungkin ada lagi kes lain-para wali), masa dan ruang tidak berkadar terus (atas kehendak Illahi), iaitu sahibul kahfi (sahabat gua, yang tertidur beratus tahun) dan Isra' Mikraj.. kes yang bending time and space.
macam Hiro Nakamura.

namun, harus berfikir, kerana manusia adalah makhluk berfikir, bukan sebagai political animal sahaja.

my version for Descartes's I THINK, THEREFORE I AM;
"aku tak tahu di mana aku sedang berada, sehinggalah aku sedang memikirkannya"
simple kan...

kalau deria itu dikatakan hidup, itu hanya adalah alam kesadaran (state of consciousness)...

Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. (Ash Shaaffaat:106)

Life is a test. A Test!

"you are not just living, but you are also dying."

To die, you must first live. inevitable truth.

Wallahu alam.

Thursday, January 7, 2010

ALLAH is for all, if all is for ALLAH.

why it came to issue only now? Christians, in the Arabs has been using the name for hundreds of years already... i myself was born in an Anglican family in Sarawak Church, and in the books says Allah... and this is since a very long time ago, and nobody kecoh.

Tapi kecoh ni bagus juga… bringing things back into discussion.
huh... aku rasa issue ni baru sekarang baru keluar because somebody is desperate to play hero. Juara Rakyat?
tak kisah lah... rancangan apa/siapa pun, Allah sebaik baik perancang... apa yang kita boleh buat, ambil hikmah dari setiap yang berlaku. jom tgk mana ayat yang berkaitan...

“Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…
(Al Quran, Az-Zumar (39):38).

Al Quran dah tahu ini akan berlaku.. mereka akan mengaku Allah is the best name for THE CREATOR... secara etymology(an account of the origins and the developments in meaning of a word.) the word Allah itu is the perfect name of god. tiada jantina dan sebagainya.. tgk video ni>> http://www.youtube.com/watch?v=65zyICBKBPI


“Katakan wahai Ahli Kitab (Jews and Christians), mari tegakkan kalimah yang sama (A COMMON WORD.com) antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)”
( Ali `Imran(3):64).

kaedah A COMMON WORD/KALIMAH YG SAMA perupakan pendekatan yang paling genius oleh alQuran dalam mengajak kepada kebenaran. take a look, Islam berani berunding dengan cara: "ok, kalau ada benda yang berbeza antara kita, jangan kita bergaduh kerananya, kita apa ambil apa yang kita kongsi. Apa nilai yang di kongsi Buddha, Hindu, Jew, Christian.. apa value YANG SAMA dengan kita kita ambik je!!! Genius tak!!!?
Islam menawarkan kerjasama yang sangat indah sekali, sambil pada masa yang sama,menegakkan islamic law itu sendiri!!! contohnya semua faith, percaya, setuju suatu perkara itu dan Islam pun kena tengok la kalau bercanggah dgn Islam, maka tak jadi a common word lah... sebab bercanggah/tak common dgn Islam... very good diplomacy. so bila ada nilai yang sama-sama telah akur-setuju, automatik ia telah menjadi kebenaran pada pihak2 yang akur-setuju itu....
contoh nya, nama2 nabi dan rasul. Moses=Musa/Abraham=Ibrahim. common?>>truth. if tak common, keep it to yourself lah kan!! kita cari nilai sepunya, sebab bumi ni sama2 kite punya...

Aku nampak bola tu bulat-kau nampak bola itu bulat-so, confirm! bola itu mesti bulat! education yang sangat halus lembut, tapi tegas! Hasilnya jalan jalan kebenaran!!!



"(yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena mereka berkata: "Tuhan kami hanyalah Allah." Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa,"
(Al Hajj:40)

Enough said...


"Dan janganlah kamu berdebat denganAhli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan katakanlah: "Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan kami hanya kepada-Nya berserah diri."
(Al-Ankabuut:46)

hmmmm "Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu;" macamana tu? try banding dgn Al kafirun:

"Katakanlah: "Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku."
(Al kafirun 1-6)

macamana? hmmm.... kita cuba ya.. pada aku ayat ni tak bercanggah, tapi bahkan saling melengkapi. Tuhan kita semua adalah satu, tak kira org itu percaya atau tidak, tuhan kita semua adalah satu!

Cumanya manusia ni yang cara menyembah atau yang DISEMBAH tu yang tak sama….
Hmm, pening tu…Rilekkk….

Maksudnya, Tuhan orang Hindu pun sama dengan Tuhan orang Islam,seriously! Sebab orang Islam dan orang Hindu dicipta oleh Pencipta yang satu.

TAPI, Cumanya tuhan yang DISEMBAH oleh mereka TIDAK SAMA dengan yang kita sembah…
Islam menyembah Pencipta yang satu itu, dan pula yang Hindu, Kristian tu semua, menyembah yang…. ya... yang itu lah…


"Manusia itu adalah umat yang satu. (setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, karena dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkann itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus."
(Al Baqarah: 213)

pada aku, jalan yang lurus tu a common word lah... dan manusia umat yang satu. sebab pencipta adalah satu. inilah yang gua rase apa yang dilaung oleh pelukis Sulaiman Esa, dalam kempennya Towards Unity/ Ke Arah Tauhid (http://www.scribd.com/doc/21442075/From-The-Periphery-to-the-Centre-The-Social-Significance-of-Sulaiman%E2%80%99s-Esa%E2%80%99s-Work-from-1950s-to-2007)!

semua pengiman sesebuah keimanan, pasti akan berkata dia berada di pihak yang benar. kerana mereka berada dalam realiti mereka sendiri. agama mana pun mengajak kepada kebaikan... sebuah ekperesi kerinduan manusia kepada suatu kebahagiaan... lalu kerinduan itu dibalas dengan penuh kasih sayang oleh Allah, dengan turunnya para kekasih, yang menunjukkan tatacara beriman yang diredhai oleh-Nya....

Islamlah agama terakhir dan semua orang sedang berjalan menuju Ke Arah Tauhid/Towards Unity! Percikkan2 kebenaran daripadan kemurniaan nilai dalam keimanan-keimanan terdahulu, disimpulkan oleh agama terakhir ini…ISLAM.



"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat."
(An Nashr 1-3)

Ada orang yang tidak setuju dengan Kristian guna nama Allah, adalah kerana khuatir, TAKUT, bimbang generasi muda nanti bertanya: “ tok imam! apsal saya tak boleh sembahyang kat gereja, diorang pun sembah Allah kan?”

Rilekss tok imam, jangan lempang dulu!!!


Kerisauan terhadap generasi muda akan jadi sebegini, timbul kerana aqidah mereka tak dipupuk oleh generasi sebelum mereka la… kenapa taknak fikir pulak macam ni: “Father, can I go and pray with the Muslim in the mosque? They worship Allah as well, didn’t they?”

Haa.. kan ke elok tu anak muda timbul mereka mencari kebenaran. Iman tak boleh diwarisi. Generasi muda Muslim yang lembik tak kuat disebabkan tak dipupuk aqidahnya… dibiarkn begitu sahaja oleh pihak yang sepatutnya. Taknk BUAT KERJA. Pastu TAKUT.

Wallahualam.

Doa kita: “Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”
(Al Fatihah-6-7)
Amin.

P.s: Mana tahu ditkdirkan mereka mahu kembali kepada Allah. Kita kena bimbinglah mereka.. terima. Welcome back my long lost brothers…. Perkenalkan kepada mereka siapa Allah yang sepatutnya. Banyakkan majlis perbincang agama, supaya generasi muda belah kristian dan muslim sama sama dapat merenung ke arah kebenaran. Sepaya semua berfikir,dan merasa denga hati, dan bukannya buta-buta dalam beriman.
Tuan guru Nik Aziz kata: tak salah non Muslim guna nama Allah, tapi cumanya kita bimbang la takut nanti disalah guna.

Beliau juga berharap pihak berwajib seperti persatuan ulama menganjurkan dialog bersama pemimpin agama Kristian bagi mencari penyelesaian isu tersebut.
“Melalui perbincangan terbabit diharap dapat meredakan kekeliruan masyarakat. Selain itu falsafah Islam dapat dikembangkan melalui majlis-majlis seumpama itu,” katanya.


Nuff said!